Tuesday, August 31, 2010

suka hati korang je kan?~

SHAH ALAM: Lagi bayi dibuang, kali ini seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui orang ramai dalam sebuah beg kertas yang digantung pada tiang papan tanda berhampiran persimpangan lampu isyarat Pangsapuri Brunsfield, Seksyen 13, di sini, petang semalam.

MALANG...anggota polis memeriksa seorang bayi lelaki yang cukup sifat yang ditemui dibuang dalam sebuah beg, petang semalam.
MALANG...anggota polis memeriksa seorang bayi lelaki yang cukup sifat yang ditemui dibuang dalam sebuah beg, petang semalam.
Bayi cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui dibungkus dengan sehelai kain sebelum
diletakkan dalam sebuah beg kertas.



sumber: Harian Metro



meruntun jiwa tengok gambar ni.. sampainya hati buang baby yang tak berdosa.. boleh pulak letak dlm beg kertas..ingat barang ke..itu MANUSIA ok?? apela yang dia tahu..? siapa boleh jawab?




p/s: "korang" dalam title entry di atas merujuk kepada mereka yang tidak mempunyai rasa belas terhadap zuriat sendiri..semoga Allah mencampakkan hidayahNya ke dalam qalbu mereka..

Merdeka lah~


hari ni Hari Kemerdekaan negara kita..

tp persoalannya:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
merdekakah kita?secara zahirnya, mungkin ya..

tp bagaimana pula dengan perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar?

merdekakah jiwa kita?

atau


masih dibelenggu?


tak ada tajuk yang sesuai~






rasa tersangat rindu pada umi..padahal baru je balik..








Thursday, August 26, 2010

mode: offended~

assalamualaikum..

agak lama jugak ye saya tak post entry baru.. sibuk la.. especially dengan assignments yang sangat menuntut sepenuh perhatian..
hujung miggu lepas pun tak balik rumah sebab nak buat kerja di maktab.. dah telefon parents untuk explain.. alhamdulillah they all understand..

so, disebabkan minggu lepas tak balik kan, jadi minggu ni pun buat keputusan untuk balik rumah..
kebetulan pulak hari ni birthday my little sister.. she is eleven already.. dah besar pun adik akak, cuba la matang sikit..hoho

mama ajak pegi makan kat restoran thai mana entah kat area Tanjung Bendahara tu..orang sangatlah ramai ok..nasib baik dak telefon awal-awal untuk tempah makanan..

sambil-sambil tunggu makanan tu kan, kitorang satu family ni pun berborak lah..tengah-tengah seronok berborak, abah terlepas cakap *i think*.. abah cakap dia masuk ward minggu lepas..

boleh tak tolong bayangkan perasaan saya? terkejut sangat.. sebabnya, seingat saya banyak kali saya telefon abah minggu lepas, tapi dia tak ada sebut langsung pasal masuk ward..

sadih sangat masa tu..saya pun cakap kat abah,

"sampai hati tak bagitau kakak..bukan jauh sangat alor star denagn sg petani ni..akak boleh ja balik.. "

abah pun cakapla yang dia xnak anak dia risau, sebab dia tau assignment banyak nanti tak boleh fokus lah, and macam-macam lagi la..

muka saya memang sangat tak puas hati masa tu..rasa macam nak menitik je air mata..
i dont care if im being childish or what but its about my father ok.. certainly assignments can wait..

then abah cakap jangan risau lah kakak, abah dah ok, cuma kena buat check-up regularly..

kakak pun dengan nada sedih cakap "kakak baru kat sg petani, abah dah tak mau bgtau kakak kalau abah sakit, nanti kalau kakak jauh kat sana, macam mana? please, next time dont let me be the last to know.."

then, kitorang pun berbuka lah..isu tu terhenti sampai situ aje.. digantikan dengan isu nak balik kampung pulak nanti..


sekian enrty emosi kali ini~




p/s: i would never trade anything for my family~

Thursday, August 19, 2010

piece of junk~

"bila dah byk kali disedihkan,dihampakan,dikecewakan oleh orang yg ang sangat harap, ang akan rasa yang macam mana ang syg pon kat org tu, org tu x akan dpt berubah utk ang..ang bg byk peluang, tp prangai tetap x berubah, ang akan redha,... yg xsemestinya apa yg ang suka tu baik utk ang.... sbb aku slalu berdoa, klu dia mmg untuk aku, biar Allah swt mudahkan...tp nmpak cam sgt susah...jd, aku redha..."


the answer to the question on how to "Redha"
written truly from seorang "perempuan" to her friend
its a sms actually~

Wednesday, August 18, 2010

ujian kan Tarbiah dari Allah..~



Masalah Itu Didikan Allah

www.iluvislam.com
Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Editor: mawaryangtinggi



Setiap masalah yang hendak diselesaikan mestilah difokuskan kepada real problem (masalah sebenar) bukan kepada presenting problem (masalah yang zahir). Apabila kita menumpukan kepada real problem ertinya kita sedang berdepan dengan punca masalah yang lebih bersifat dalaman dan ini memaksa kita menyelami soal hati dan perasaan manusia.

Manakala jika kita hanya berlegar-legar di sekitar presenting problem kita hanya terapung di permukaan yakni berdepan dengan akibat sesuatu masalah. Cara kedua ini tidak akan menyelesaikan sesuatu masalah. Mungkin kita berjaya seketika mengubat akibatnya tetapi masalah itu akan berulang lagi kerana punca sebenarnya tidak diatasi. Hendaklah difahami benar-benar maksud saya ini.

Jika kita ingin menyelesaikan sesuatu masalah, terutamanya yang melibatkan soal perhubungan (komunikasi dan interaksi) dengan orang lain kita hendaklah fokuskan langkah-langkah penyelesaiannya kepada ‘lingkungan pengaruh’ kita bukan ‘lingkungan kebimbangan’ kita. Maksud saya, hendaklah kita bertindak pada batas dan keupayaan diri kita sendiri bukan di luar batasan itu.

Hakikatnya, kita hanya mampu mengawal cara berfikir, pertimbangan, keputusan dan tindakan diri kita sendiri bukan fikiran, pertimbangan, keputusan dan tindakan orang lain. Kejayaan mengubah manusia lain bermula dengan kejayaan mengubah diri kita sendiri. Jangan marah kalau orang lain tidak berubah seperti mana kita kehendaki kalau diri kita sendiri juga tidak berubah mengikut apa yang kita kehendaki.

Tegasnya, lihatlah apa yang anda boleh lakukan pada diri sendiri terlebih dahulu untuk menyelesaikan masalah ini kemudian dengan sendirinya pengaruh kita untuk mengubah orang lain akan meningkat.

Untuk berjaya dalam perhubungan sesama manusia kita hendak memahami orang lain terlebih dahulu, barulah orang lain akan memahami kita. ‘First seek to understand than to be understood’ – pertama carilah jalan untuk memahami kemudian barulah kita difahami. Inilah adalah prinsip dalam mana-mana perhubungan. Jika prinsip ini dilanggar, krisis dalam perhubungan akan berlaku. Maksudnya, kita mestilah terlebih dahulu menjadi ‘telinga’ daripada menjadi ‘mulut’.

Dengar, fahami, hayati, simpati dan kalau boleh empati terhadap apa yang selalu diperkatakan oleh orang lain. Jangan terlalu gopoh hendak menyuarakan isi hati, pandangan dan idea kita… nanti kita tidak akan difahami. Tetapi bersabarlah, dengar dahulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain samada yang disuarakan dalam bentuk lisan atau perbuatan. Tidak semestinya mereka benar… tetapi fahamilah kenapa dan mengapa mereka berpendirian begitu.

Jika mereka yang benar, ini adalah peluang kita untuk mengakui kesalahan dan mula membaiki diri sendiri. Oh, rupanya aku yang menjadi punca masalah. Sebaliknya jika tidak, kita mempunyai peluang untuk menyuarakan ‘kebenaran’ kita dengan lebih tenang, matang dan diterima setelah sekian lama anda sabar mendengar. Ingatlah, ‘what you give, you get back’ – kita akan mendapat semula apa yang kita berikan.

Jika kita sanggup sekian lama mendengar pandangan orang lain, pasti cepat atau lambat pintu hati orang lain akan terbuka untuk mendengar pandangan kita. Ah, selama ini dia begitu sabar mendengar segala pandanganku apa salahnya kalau sekarang aku pula mendengar pandangannya, begitulah nanti suara hati mereka terhadap kita. Ingat, mengamalkan prinsip ini tidak akan merugikan kita, kata orang ‘tidak kalah dengan mengalah’ sebab kuasa mendengar lebih kuat dari kuasa bercakap. Mungkin kerana itu agaknya Allah kurniakan kita dua telinga berbanding satu mulut!

Kemudian, lihat masalah dengan peluang mendapat didikan di sebaliknya. Masalah hakikat adalah agenda pembelajaran dan pendidikan yang datang ‘direct’ daripada Allah untuk membangunkan diri kita. Manusia berkembang dan berkemajuan dengan melangkah anak tangga masalah demi masalah dalam hidupnya. Ini ‘syllbuss’ pelajaran yang anda tidak boleh mengelakkan diri.


Jika dicuba juga… kita akan menghadapi ‘syllbuss’ yang sama melalui peristiwa, manusia dan situasi yang lain. Ingat, masalah ialah anak tangga kehidupan. Jika anda merungut, kenapa aku terpaksa melaluinya, anda akan terus melekat di anak tangga itu. Jika kita cuba melompat, kita akan jatuh tersembam. Kata orang, jangan berlari ketika menaiki tangga.

Jadi, selalu sematkan di hati, bahawa orang-orang yang berjaya dalam hidup sebenarnya telah melalui agenda demi agenda yang sarat dengan dalam episod kehidupan mereka. Malangnya, kita selalu melihat apabila mereka telah sampai ke puncak tetapi ketika mereka mendaki di lurah atau tersembam ke lembah… tidak ada siapa yang tahu, apalagi ingin belajar darinya.

Dan ingatlah, ini semua hakikatnya daripada Allah jua. Cuma ia didatangkan melalui perlakuan dan sikap manusia. Sebagai hamba, kita perlu menerimanya… Ini akan memberikan satu kekuatan dalam diri kita. Yakinlah, Allah mendatangkan ujian yang setimpal dengan keupayaan kita. Malangnya, manusia selalu memandang rendah terhadap keupayaannya sendiri.

Sedangkan hakikatnya, pakar-pakar psikologi, motivasi dan pendidikan sepakat mengatakan bahawa manusia lebih kuat daripada apa yang mereka sendiri jangkakan. Cabarannya ialah kebanyakan manusia tidak tahu bagaimana menggunakan sepenuhnya potensi akal, hati dan perasaan mereka untuk mengatasi masalah-masalah seterusnya berjaya dalam hidup.

Ya, “we can’t direct the wind, but we can adjust our sails” – kita tidak dapat mengawal arah haluan angin, tetapi kita mampu mengawal kemudi pelayaran kita. Baiklah, cuba amalkan semua prinsip-prinsip di atas dalam menghadapi masalah kita. Sengaja saya luaskan horizon pemikiran dan ruang jiwa dengan beberapa prinsip penyelesaian masalah supaya kita sama-sama berfikiran dan berjiwa besar dalam menghadapi kehidupan.

Walaupun langkah ini kekadang dilihat lebih bercorak falsafah berbanding aplikasi, tetapi percayalah ia akan menolong anda untuk menghadapi hidup inii secara lebih pro-aktif. Tips-tips ‘direct’ untuk menyelesaikan masalah (seperti yang selalu diberikan) tidak akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya jika soal hati dan pemikiran masih sempit dan tertekan. Sebaliknya, jika hati telah tenang, fikiran telah lapang, kita akan jadi lebih kuat, kreatif dan sabar untuk menyelesaikan masalah. Malah, ada kalanya masalah belum pun diselesaikan… tetapi kita rasa seolah-olah telah selesai justeru tekanan dan himpitan masalah itu sudah kurang impaknya akibat jiwa dan fikiran kita yang telah dibangunkan. Benarnya kata pepatah, cita-cita besar akan mengecilkan masalah.

Gunakanlah prinsip ‘ujian dalah satu didikan Tuhan’. Tuhan sedang mendidik manusia melalui manusia. Hakikatnya hidup adalah sebuah sekolah dan orang yang menjadi punca ujian kita adalah guru kita. Ada maksud tersirat yang perlu kita pelajari daripadanya. Hadapilah ujian ini dengan mencari maksud di sebalik takdir Allah ini.

Jangan mengeluh, kenapa manusia lain jadi begitu, begini … itu selamanya akan melekatkan kaki kita pada anak tangga ujian itu. Jangan memberontak, kerana kita tidak dapat mengubah realiti… dan kita terjun dari anak tangga yang anda berada sekarang. Jalan sebaik-baik, terimalah seadanya. Aku tidak akan menunggu hingga semua manusia jadi baik barulah aku menjadi baik. Yang penting aku cuba jadi yang manusia yang baik.

Ingatlah, tangan yang menghulur bunga mawar, akan lebih dahulu harum baunya. Jika kita menghulur kebaikan, kebaikan itu akan pulang semula kepada kita. Walaupun mungkin kebaikan kita tidak akan mengubah orang lain yang tetap bersikap negatif terhadap kita, namun kebaikan itu sebenarnya telah pun menggembirakan, menenangkan diri kita sendiri.

Kita telah menghapuskan dendam, iri hati, marah yang bersarang dalam jiwa kita. Kemaafan akan membuahkan kebaikan… Manakala kebencian akan membuahkan kejahatan. Belajarlah menyayangi, nescaya kita akan semakin jahil tentang kebencian dan permusuhan. Dan inilah maksud didikan Allah ketika menjadikan manusia ujud secara bersama (co-existence) di atas dunia ini. Mungkin hikmahnya, agar manusia belajar sesama manusia untuk merasa kesan didikan-Nya!







p/s: terasa sangat dengan artikel yang saya jumpa di website ini.. sebab itu sangat terpanggil untul dikongsikan bersama..semoga bermanfaat~

Wednesday, August 11, 2010

Tiba jua akhirnya~

Assalamualaikum dan salam Ramadhan semua..

Ramadhan kali ini datang menjenguk lagi..alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk merasa nikmat berada di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini..
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang lepas.. hari pertama Ramadhan sambut di maktab..tak balik umah pun sebab cuti sehari saja.. insyaAllah, weekend ni nak balik..rindu nak berbuka dengan keluarga ku..
semoga juga ramadhan kali ini lebih berkualiti..







p/s: "Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya."
*sedikit peringatan untuk dikongsikan bersama =)

Monday, August 9, 2010

Si dia semakin menghampiri~







p/s: dah bersediakah kita? ke xrase pape...? semoga Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya..

Friday, August 6, 2010

S is for ...?~





S is for SAHABAT~



sebulan ada lima minggu?~


hai semua..

sy nak kongsi sesuatu kat sini..actually benda ni pun adik yang bagitau,dia tengok kat Twitter..



"Did you know that this August 2010, We have 5 Sundays, 5 Mondays and 5 Tuesdays!
that happens only every 800 years!!"


So,sy pun check la kalendar nak tengok kesahihannya..here it goes..~





p/s: impressive aite? (^_^)

Thursday, August 5, 2010

so into it~




Assalamualaikum..

hari ni dah masuk hari kelima sy berPBS di SK Sg.Petani.. hari ni jugak sy telah diberi dua kelas utk relieve:

8.45am-9.20am: kelas 5 UM



mula-mula sy buat ice breaking..tanya nama dan cita-cita.. kelas UM ni kelas yang pertama..jadi budak-budaknye lebih well-behaved..tp ade jgk la yg nakal2 tu..nama pun budak kan..then bagi worksheet "word puzzle", semua tekun je buat =)










.
.
.
.
.
.


10.45am - 11.45am: kelas 4UiTM

macam biasa,mula-mula masuk mesti buat ice breaking dulu..untuk kelas ni sy sediakan dua jenis worksheet..colouring and pronouncing at the same time.. budak-budak kelas ni memang nakal..keja nak main ja..cikgu la jugak yang kena tinggi sikit suara sebab nk tarik perhatian diorang..bila suara cikgu dah kuat, baru la masing-masing nak dengar cakap..tapi, yang penting budak-budak ni semua sangat eager untuk belajar..












p/s:credit to my groupmate yg tolong tangkap gambar cikgu nisa ni.. =)

untukmu~



tunjangkan resahmu di dada solat,
himpunkan peritmu digenggam doa,
tutupilah kekecewaanmu dgn taqwa,
dan nilailah kesucian dirimu melalui keikhlasan hati..






p/s:credit tu Aufa Najwa Amani =)

Wednesday, August 4, 2010

pathetic~



BAD!




thats what im feeling right now..teruknya nisa..please la..help yourself..

its just me,always being undecided
always regretting
please! do accept the fact OK?
R.E.D.H.A~

remember? bungkus dan beri pada Allah




murid-murid !~~

Assalamualaikum..

hari ni cikgu nisa kena relieve dua kelas iaitu kelas 5 UUM dan 5 UDM..mula-mula nak masuk kelas tu rasa sangat berdebar sebab first time nak masuk kelas sorang-sorang..yela, sebelum ni masuk kelas dengan groupmate..dalam hati dah terdetik, harap-harap la murid-murid ni senang nak dikawal..Alhamdulillah,semua berjalan lancar..aktiviti yang dirancang pun terlaksana dengan jayanya.. tapi memang cabaran la mengajar budak-budak ni..nakalnye lebih dari biasa..memang cikgu nisa terpaksa menggunakan kelantangan vokal yang masih kurang mantap ni la.. habis je kelas terus cari air sebab tekak dah rasa perit..memang pengalaman betul la..


sedikit gambar untuk tatapan kalian,sewaktu proses P&P =)









Tuesday, August 3, 2010

Absence makes the heart grow fonder~

Assalamualaikum..

dah beberapa hari tak update blog.. busy sikit sebenarnya.. busy ke..? hee~~
bermula pada 1 ogos 2010, saya ade PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah)..jadi masuk hari ni dah kira tiga hari la saya ke sekolah. Sekolah mana?haa..ni alamat sekolah tu..hehe~

Sekolah Kebangsaan Sungai Petani
Jalan Sekerat 08000 Sungai Petani,Kedah

ok,sambung lagi ye..so far, seronok la berPBS kat sekolah tu..sangat banyak perkara yang saya belajar..terlalu banyak..and mostly, semuanya saya cuba nak relate dengan teori2 yang dah belajar..cewwahh..bagus betul! haha.. bukan apa, memang nak tengok sama ada betul ke segala macam teori yang dah dipelajari ni applicable.. belajar teori bukan main lagi kan, mesti la nak kena tengok perlaksanaan jugak kan..
Alhamdulillah, sambutan dari pihak sekolah sangat baik.. i mean, they really welcome us with a very warm welcome.. terasa dihargai sangat..btw, there are four of us in this school doing PBS...

enough of me talking, now let the pictures do the talking..enjoy~~





morning assembly~

time rehat kat kantin~



Teacher Nisa..~~ =)


Teacher Suraya~~

Teacher Lily & Teacher Huda~





p/s: nk upload gambar sangat lah lambat ok..huhu..boring tunggu~