Friday, May 20, 2011

apabila kita bercakap mengenai hak.

assalamualaikum..


pernah tak kita terfikir mengenai hak kita?

tak payah tengok jauh-jauh.. cuba fikirkan sejenak
ada masa kat cafe/kantin, orang tengah ramai jadi memang terhad la bilangan kerusi.. kita dah pegi "chop" tempat kita, kita siap tanda dgn beg/fail lagi..kita pun pi la beli makanan dengan tenang sebab kita fikir tempat kita dah ada,kita dah tanda tadi..tup,tup..bila kita dah siap beli makanan dan nak balik semula ke tempat duduk kita tadi tu..rupa-rupanya dah ada orang lain yang duduk kat situ..korang akan rasa tak yang hak korang telah dinafikan?korang yang "chop" kerusi tu dulu kan..jadi,kerusi tu hak korang la kan?
hmm..konflik2..
mesti dah rasa bengang kan.. ish..kita punya tempat tu,suka hati lak nak amik tempat kita kan..
kita rasa marah,sedih, dan mungkin jugak kita akan bermasam muka dengan orang yang telah amik kerusi kita tadi tu..

situasi kat atas ni contoh sahaja..yang paling mudah..kita mesti nak orang hormatkan hak kita kan?

tapi..tu la..kadang-kadang, kita terlupa yang kita sendiri masih belum melunaskan hak yang paling utama,hak kepada Allah Swt..

Allah tak macam kita.. biar banyak mana dosa/kesilapan/kemungkaran yang kita sebagai manusia buat Allah tetap kekal dengan sifatNya iaitu Maha Pengampun.. tak pula Allah ignore kita bila kita nafikan hak Allah.. kita tak solat, kita tak tutup aurat, kita tak jaga pergaulan kita.. tetap juga pintu taubat Allah tu terbuka luas untuk kita kan? cuma kita ja yang tak sedar.. bertapa ruginya kita kan?



ada bait-bait ayat yang sangat terkesan pada diri saya..jadi, nak dikongsi bersama semoga bermanfaat. diambil dari laman web kegemaranku, klik sini =)

Jagalah hak-hak Allah, maka Allah akan menjaga hak-hak kamu, jagalah Allah seakan-akan Dia wujud di hadapanmu,

Jika kamu inginkan sesuatu, maka mintalah kepada Allah, jika kamu ingin meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan Allah.

Ketahuilah sekiranya seluruh ummat berkumpul ingin memberikan manfaat kepada kamu, nescaya mereka tidak akan mampu melainkan apa yang telah ditulis oleh Allah untuk kamu.

Dan sekiranya seluruh ummat berkumpul ingin memberikan mudarat kepada kamu, nescaya mereka tidak akan mampu melainkan apa yang telah dituliskan oleh Allah ke atas kamu.

[Riwayat Tirmidzi]


No comments: