Thursday, March 31, 2011

utk Blog..

cantik kan!


upon arrival at Wellington Airport









p/s: dah berkurun sampai baru nak post..huhu..khairun nisa ni kan..ish2..!
better late than never..hehe..boleh pulak!

Monday, February 7, 2011

demam berpanjangan~

assalamualaikum..

tengok entry ja mesti dah boleh teka kan..yup..saya memang demam..lama pulak tu..kalau lah tak silap kiraan ,dekat 13 hari dah saya demam..

demam kali ni tak berapa konsisten..kenapa saya cakap macam tu? sebab..ada masa saya demam sampai tak larat nak bangun..ada masa badan dah rasa ok,selsema pulak menyerang..
tak cukup dengan tu ditambah pula dengan sakit tekak yang malampau..

memang ujian sangat la..tarikh penerbangan dah tak lama..harap2 diberi Allah kesembuhan dari demam ini..

doakan saya ya kawan-kawan..





P/S: sakit adalah salah satu cara penghapus dosa..semoga dosa-dosaku diampunkan dan taubatku diterimaMu ya Allah..amin ya Rabb..

Wednesday, February 2, 2011

kenduri kesyukuran~

alhamdulillah, pada 29/1/11 lalu ada sedikit kenduri kesyukuran diadakan di rumah sy..
sempena nanti sy nak pergi jauh dah kan..huhu..ada bacaan yassin oleh pihak surau berdekatan dengan rumah..

actually ramai kawan-kawan yang sy jemput..but, unfortunately..only one who turned up..agak sedih jugak la..tapi im trying to look at it at the brighter side..depa ada hal yang lagi penting.. moga doa kalian sentiasa mengiringi sy.. =)

ramai sedara-mara, kwn2 parents serta jiran2 yang datang bertandang..memang full house lah..alhamdulillah..

disebabkan keadaan yang terlalu sibuk time tu,memang xsempat langsung nak snap gambar la..

alhamdulillah,syukur kerana semuanya berjalan lancar..

Thursday, January 13, 2011

Invitation to Enrol Online at Victoria University of Wellington

Assalamualaikum..hai sume..nak cerita sikit ni..tadi sepetang saya dok "memperosah" mcm mana la nak buat online enrolment kat VUW ni sebab sebelum ni dah beberapa kali cuba,tapi ada masalah nak login..

tadi,dgn harapan yang menggunung tinggi, saya pun cuba sekali lag..tengok2 boleh dah..alhamdulillah..syukur sangat..

sebenarnya,bila kita enrol secara online ni secara tak langsung kita dapat tengok dan atur jadual kelas kat sana nanti terutamanya untuk trimester 1 dan trimester 2..

nanti kelas akan bermula pada 28 Februari 2011 mengikut yang tertulis kat website tu la kan..

then,untuk online enrolment ni jugak,saya kena isikan pilihan subjek elektif yang sy dah pilih untuk kedua-dua elektif..agak memeningkan jugak pada mulanya tu..tapi bila dah banyak kali try and error..dapat la buat dengan jayanya..yeay! alhamdulillah..=)

ha! utk kawan-kawan tesol saya yang ada masalah nak enroll,boleh la tanya..insyaallah,kalau saya boleh bantu,saya akan bantu..

hajatnya nak buat macam tutorial cara untuk buat enrolment tu..tp memandangkan online guna laptop mama,tak reti nak print screen la pulak..hehe =)



p/s: "memperosah" = figure out

Wednesday, January 12, 2011

sikit-sikit dululah..

Assalamualaikum..hai blog saye..ape kaba..hehe..menyapa blog sendiri..





tinggal lebih kurang sebulan je lagi nk merasai nikmat berada di bumi Allah yg bernama Malaysia ni..tapi saya tak ada rasa apa2 lagi sekarang ni..nak kata sedih pun tak..gembira pun tak..excited pun tak sangat..biasa2 saja..mungkin belum rasa lagi kot..


apa yg sy tau,sy sedaya upaya cuba utk menikmati setiap detik yg ada..contohnya:



  • nikmat tido kat katil sendiri..yela nnt nak tinggal lame kan..

  • waktu masak sama2 dgn ummi,sambil borak2..

  • waktu pillowtalk dgn adik sy..

  • waktu jalan2 kat pasar malam,tengok gelagat org ramai..

  • waktu tgk tv sama2 dgn abah..

  • waktu naik motor..

  • waktu shopping dgn family..

  • waktu dengar azan dari surau dekat rumah..


macam2 lagi la yg tak tersenarai kat sini..sy tau yg sy pasti akan rindukan semua ni bila sy dah kat sana nanti..



kat sini la tempat yg sy akan pegi nanti..insyaAllah..



p/s: im trying to cherish every moment,especially with my family =)

Saturday, January 1, 2011

365 days had passed~

assalamualaikum..ye, saye tahu..saye salah..saye dah lama sgt tak update blog..maafkan sy wahai blog..

salah satu daripada azam tahun baru ialah utk menjaga dan meng'update' blog dgn baik..insyaAllah.. =)

so everyone, selamat tahun baru 2011..!






Tuesday, August 31, 2010

suka hati korang je kan?~

SHAH ALAM: Lagi bayi dibuang, kali ini seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui orang ramai dalam sebuah beg kertas yang digantung pada tiang papan tanda berhampiran persimpangan lampu isyarat Pangsapuri Brunsfield, Seksyen 13, di sini, petang semalam.

MALANG...anggota polis memeriksa seorang bayi lelaki yang cukup sifat yang ditemui dibuang dalam sebuah beg, petang semalam.
MALANG...anggota polis memeriksa seorang bayi lelaki yang cukup sifat yang ditemui dibuang dalam sebuah beg, petang semalam.
Bayi cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui dibungkus dengan sehelai kain sebelum
diletakkan dalam sebuah beg kertas.



sumber: Harian Metro



meruntun jiwa tengok gambar ni.. sampainya hati buang baby yang tak berdosa.. boleh pulak letak dlm beg kertas..ingat barang ke..itu MANUSIA ok?? apela yang dia tahu..? siapa boleh jawab?




p/s: "korang" dalam title entry di atas merujuk kepada mereka yang tidak mempunyai rasa belas terhadap zuriat sendiri..semoga Allah mencampakkan hidayahNya ke dalam qalbu mereka..